Bruno Senna
Bruno Senna

Bruno Senna

Bruno Senna Lalli (lahir 15 Oktober 1983 di São Paulo) ialah seorang pemandu Formula Satu dari Brazil. Beliau merupakan anak saudara kepada juara dunia Formula Satu sebanyak tiga kali, Ayrton Senna. Senna membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2010, dengan memandu untuk Hispania Racing. Beliau menyertai pasukan Renault pada tahun 2011 dengan mengantikan Nick Heidfeld dari bulan Ogos tahun tersebut,[1] dan memandu untuk Williams pada tahun 2012.